ALOR SETAR: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dipercayai dipukul beberapa pelajar lain yang tular menerusi satu rakaman video hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi 25 saat itu disahkan berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Langkawi.
"Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pagi tadi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 9 pagi semalam dalam sebuah kelas di sekolah tersebut.
"Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dan pelajar-pelajar yang lain. Mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan polis dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shariman berkata kesemua suspek sedang dikenal pasti dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pagi tadi. - Sumber: Video tular/Media sosial
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
Gara-gara cemburu, pelajar Tingkatan 2 dipukul 10 pelajar, dicederakan dengan seterika panas
Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami sakit di bahagian pinggang dan kini menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Polis terima laporan kes pelajar dipukul di sekolah
Kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi 25 saat itu disahkan berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Langkawi.
Video tular pelajar dipukul: Bapa saudara antara 3 suspek diburu
Kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat Isnin lalu, disahkan ada kaitan dengan klip video yang tular di media sosial baru-baru ini.